Assalamualaikum wbt.. Hari ini hari Jumaat, Penghulu segala hari. Kebiasaannya pada hari ini, kaum lelaki yang beragama Islam ( mengaku beragama Islam ) akan berduyun duyun meninggalkan urusan dunia mereka untuk beramai ramai menunaikan solat Jumaat di masjid masjid yang berhampiran..
Dalil mewajibkan solat Jumaat Allah turunkan melalui ayat ke 9, Surah Al-Jumua'h :
" Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya) "
Surah Al - Jumua'h 62:9
Kalau kita datang dari rumah terus ke masjid mesti tak risau apa apa kan ?? Sarung jer selipar jepun yang memang dah nak tercabut talinya dan dengan hati yang penuh ketenangan melangkah ke masjid..
Tapi kalau kita dari ofis atau keluar rumah untuk urusan lain, mulalah hati rasa lain macam.. Masa dengar khutbah, hati dok teringat jer pasal selipar/kasut diluar... Selamat ker tak selamat.. Selamat ker tak selamat..
Buatnya keluar jer dari masjid tengok tengok kasut mahal kita HILANG !!
Meraung tak ingat ler... Dah ler kasut beli mahal !! Kasut pulak lesap... !! Kejap lagi ada appointment dengan client.. Berkaki ayam ler jawabnya.. Memang tekanan perasaan sungguh....
* * *
Aku ada cerita tentang kes curi selipar di masjid. Kisah ni berlaku di kampung aku adalah dalam 10 tahun lepas.. Masa tu hari hari raya.. Aku tak ingat Hari Raya Aidilfitri atau pun Hari Raya Aidiladha. Tapi yang aku ingat pada hari itu dikumpulkan dua hari raya. ( Hari Raya jatuh pada hari Jumaat )
Ketika di kampung masa remaja dahulu apabila tiba waktu solat jumaat, ia merupakan waktu perjumpaan mingguan kami belia belia kampung. Tapi jumpanya bukan di dalam masjid tapi di luar pagar masjid di mana ketika khutbah dibacakan, kami pula berbual bual kosong.*
Sambil berborak borak tu, tiba tiba muncullah seorang sahabat nie. Dengan nada bangganya dia bagitau pagi tadi ( ketika solat sunnat hari raya ) dia dapat rembat sepasang sandal baru yang cantik.. Masa orang baca khutbah, dia pelan pelan angkut sandal tu bawak balik rumah..
Seorang lagi kawan berhampiran aku tanya macamana rupa sandal tu. Sahabat yang curi tu pun dengan semangatlah cerita.. Bentuknya.. Warnanya.. Selesa memakainya.. Nampak gaya macam mahal lah jugak.. Puaslah hati dapat melaram ke rumah awek..
Sekali kawan yang bertanya tadi menjerit : "PATUTLAH BAPAK AKU BISING.. SANDAL RAYA DIA HILANG PAGI TADI... KAMU YANG REMBAT RUPANYA.. !!"
Apa lagi.. Kena belasah ler mamat tu... ekekeke... Tapi bukan ler belasah sampai berdarah darah.. Belasah kawan kawan.. Ketuk ketuk sket sambil menghambur pesanan jangan curik lagi.. Kawan kawan lain pun numpang belasah sama..
Petang tu lepas solat Jumaat, sandal cantik tu bertukar tangan semula. Dikembalikan kepada tuannya..
Jadi itu lah antara kisah aku berkaitan dengan kes kes curi selipar di masjid.. Kepada kawan kawan di luar sana, mana mana yang ada perangai nakal yang sama.. Rentikanler merembat selipar orang di masjid atau pun kat mana mana saja... Tader faedah semua tu.. Keseronokan hanya sementara..
Pada mereka yang pernah kehilangan kasut, selipar, sandal di masjid; pasti macam macam cara dibuat bagi mengelakkan selipar kita hilang. Macam aku ada gak letak sebelah selipar kat penjuru lain, dan sebelah lagi di penjuru yang lain. Alhamdulillah, setakat nie selamat..
Ada juga mungkin membungkus kasutnya di dalam pelastik dan membawanya bersama ketika solat.. Mungkin juga ada yang mengikatkan selipar mereka dengan rantai kunci.. Sama ada di tiang atau di tangga..
Mungkin ada juga yang bergeliga dengan ada idea yang lain ~ bagaimana untuk memperdaya si pencuri sambilan ini daripada merembat selipar kita di masjid..
* Klik gambar untuk besarkan gambar..
* * *
* Perlu diingatkan bahawa perbuatan bercakap ketika khutbah dibaca tersangat ler tak eloknya..
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Jika kamu berkata-kata kepada teman kamu (dengan perkataan) ‘diam’ sementara imam sedang berkhutbah, maka kamu melakukan lagha (perkara sia-sia) - Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
Sabda Nabi Saw yang di riwayatkan oleh Imam Ahmad bermaksud : " Barangsiapa yang bercakap-cakap pada hari Jumaat ketika Imam sedang membaca khutbah, maka ia bagaikan seekor keldai yang membawa kitab-kitab dan sesiapa yang berkata diam (kepada rakannya yang bercakap) tiadalah Jumaat baginya, Jumaatnya tidak sempurna. "
# Gambar semua dirembat dari GOOGLE.. Minta halal yer... hehehe
No comments:
Post a Comment